Followers

Sunday 26 February 2012

Aktiviti Penentuan Arah Qiblat (16/2/2012)

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu lupakan diri (kewajiban)mu sendiri, pada hal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) Orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Surah Al Baqarah, Ayat 43-46)

Solat adalah perkara yang difardhukan kepada umat Islam kerana termasuk di dalam Rukun Islam yang kedua iaitu Menunaikan Solat lima waktu. Oleh itu, penentuan arah kiblat amat penting bagi memastikan posisi kita tepat ke arah Kaabah yang mana telak menjadi arah kiblat bagi semua umat Islam.
Arah kiblat bermaksud jarak terdekat sesuatu tempat ke Kaabah.

Alhamdulillah, setelah 3 minggu ketiadaan masa untuk berjumpa atas sebab-sebab yang tertentu,
Guru Penasihat kami, Ustaz Ahmad Fauzan Naim bin Saibani dan Ustaz Mashkuri Miskan telah membuat satu program yang melibatkan orang luar, iaitu Pengawai Falak di Balai Cerap Sabak Bernam.
Cara-cara penentuan arah Qiblat ada banyak cara, antaranya :


Kaedah Tradisional :-
1. Kaedah Buruj Al-Babadur (Belantik / Orion)


2. Kaedah Tongkat Istiwa’ Matahari Atas Kaabah / Lintasan Matahari Atas Garisan Kaabah


3. Kaedah Tenggelam Matahari


5. Kaedah Kompas Matahari.


6. Kaedah Samawi(langit) yang lain.


Cara Moden :
1. Kaedah Semakan Peta Melalui Aplikasi Internet
2. Menggunakan Kompas Prasmatik.


Itulah sedikit sebanyak Cara-cara untuk kita menentukan arah Qiblat.
Akan tetapi, kami hanya sempat menggunakan Kaedah Tradisional, iaitu Kaedah Tongkat Istiwa' .
Inilah sedikit sebanyak gambar yang kami dapat :
 Tongkat Istiwa'
 Kami Bersama Pengawai Falak Sabak Bernam.
 Pengerusi kelab kami (sebelah kanan)
 Menentukan arah kiblat dengan menggunakan Tongkat Istiwa' dan maklumat yang diberi.
 Garu-garu~
 Selepas ditentukan arahnya.
Pengawai Falak.

Sunday 22 January 2012

Mari Berkenalan dengan Astronomi

Astronomi (dikenali sebagai Ilmu Falak dari segi bahasa etimologi membawa maksud peraturan bintang) merupakan cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad cakerawala(seperti bintangplanetkomet-kometnebulagugusan bintang dan galaksi) yang menghasilkan fenomena-fenomena yang berasal dari luar atmosfera bumi. (seperti sinaran latar belakang kosmik) Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.
Astronomi merupakan cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menemukan dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.

emandangkan astronomi merangkumi bidang yang luas, astronomi biasanya dibahagikan kepada beberapa cabang. Pembahagian ini tidak unik dan pertindihan dan pakar astronomi yang kerjanya merangkumi beberapa cabang adalah perkara biasa. .
Perbezaan utama adalah di antara (astronomi pencerapan dan teori) berbanding dengan astrofizik. Pemerhati menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data mengenai fenomena berbeza, data yang kemudiannya digunakan oleh pakar teori untuk mereka dan membentuk teori dan model, untuk menjelaskan pemerhatian dan meramalkan pencerapan baru. Bidang kajian juga dikelaskan kepada dua cara: menurut perkara, biasanya menurut kawasan angkasa (contoh astronomi galaksi) atau masalah (seperti pembentukan bintang atau kosmologi); dan menurut cara pakar astronomi mendapatkan data (contoh astronomi optikal atau radioastronomi)
Ia mustahil untuk menentukan bilakah bidang astronomi bermula. Sejak beribu-ribu tahun dahulu pastinya penghuni gua telah pun mendongak kearah langit dengan penuh kekaguman dengan apa yang mereka lihat disitu, oleh itu dari satu segi, mereka merupakan seorang pemerhati bintang; mereka menyedari perkara luar biasa yang berlaku, seperti gerhana, dan tidak hairanlah rekod bertulis mengenai teori dan pengamatan manusia telah wujud sejak tulisan dicipta.