Followers

Sunday 26 February 2012

Aktiviti Penentuan Arah Qiblat (16/2/2012)

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu lupakan diri (kewajiban)mu sendiri, pada hal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) Orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Surah Al Baqarah, Ayat 43-46)

Solat adalah perkara yang difardhukan kepada umat Islam kerana termasuk di dalam Rukun Islam yang kedua iaitu Menunaikan Solat lima waktu. Oleh itu, penentuan arah kiblat amat penting bagi memastikan posisi kita tepat ke arah Kaabah yang mana telak menjadi arah kiblat bagi semua umat Islam.
Arah kiblat bermaksud jarak terdekat sesuatu tempat ke Kaabah.

Alhamdulillah, setelah 3 minggu ketiadaan masa untuk berjumpa atas sebab-sebab yang tertentu,
Guru Penasihat kami, Ustaz Ahmad Fauzan Naim bin Saibani dan Ustaz Mashkuri Miskan telah membuat satu program yang melibatkan orang luar, iaitu Pengawai Falak di Balai Cerap Sabak Bernam.
Cara-cara penentuan arah Qiblat ada banyak cara, antaranya :


Kaedah Tradisional :-
1. Kaedah Buruj Al-Babadur (Belantik / Orion)


2. Kaedah Tongkat Istiwa’ Matahari Atas Kaabah / Lintasan Matahari Atas Garisan Kaabah


3. Kaedah Tenggelam Matahari


5. Kaedah Kompas Matahari.


6. Kaedah Samawi(langit) yang lain.


Cara Moden :
1. Kaedah Semakan Peta Melalui Aplikasi Internet
2. Menggunakan Kompas Prasmatik.


Itulah sedikit sebanyak Cara-cara untuk kita menentukan arah Qiblat.
Akan tetapi, kami hanya sempat menggunakan Kaedah Tradisional, iaitu Kaedah Tongkat Istiwa' .
Inilah sedikit sebanyak gambar yang kami dapat :
 Tongkat Istiwa'
 Kami Bersama Pengawai Falak Sabak Bernam.
 Pengerusi kelab kami (sebelah kanan)
 Menentukan arah kiblat dengan menggunakan Tongkat Istiwa' dan maklumat yang diberi.
 Garu-garu~
 Selepas ditentukan arahnya.
Pengawai Falak.

2 comments:

  1. Coin Casino Review 2021 | Bonuses & Free Spins
    Coin Casino 카지노 is a new online 1xbet casino established in 2018 and has been in operation since 2018. Read 인카지노 our review of the site and start playing today!

    ReplyDelete
  2. Wynn Las Vegas - MapyRO
    Wynn Las Vegas. 718 reviews. The Hotel. 0.7 mi (0.7 km) · The Venetian® 여주 출장샵 Hotel · The Cosmopolitan of 천안 출장마사지 Las Vegas. 0.7 mi 목포 출장마사지 (0.8 파주 출장샵 km) · The LINQ Promenade · Wynn  Rating: 4.5 당진 출장마사지 · ‎21 reviews

    ReplyDelete